Monday, May 25, 2009

DIALAH SAHABAT...

Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini.Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari dari segi sikap mahu pun perbuatan.Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama.Malu itu memang pakaian peribadinya.Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya.Kemewahan bukan kebangaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada.Dimajlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan.Dimajlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan.Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya.Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan.Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud.Zuhud itu merupakan hatinya.

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.
10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati , sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

Tuesday, May 19, 2009

SALAM UKHWAH..

ALhamdulillah...
Pertama-tamanya dan selamnya bersyukur kita ke hadrat ILAHI...kerana dgn izinnya lahir juga blog nie kat laman sesawang nie..setinggi penghargaan dan terima kasih ana tujukan kepada kawan ana Rafidah (bukan nama sebenar) kerana telah bersusah payah membantu ana menjayakan blog nie...tidak dilupakan juga kepada sahabat2 seperjuangan yang juga banyak memeri sokongan dan dorongan....
Last but not least...
Jutaan terima kasih kepada sesape yang dah membantu diri ini sama ada secara sedar mahupun tidak sedar...juge kepada yang mengenali diri ana ataupun yang tak kenal...
SAYONARA!!!!

SALAM.....

Salam terindah kukirimkan,
salam sejahtera penghuni syurga,
Salam yang harumnya melebihi kasturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
Salam sehangat mentari waktu Dhuha,

Salam sesuci air telaga Kautsar,
Salam penghormatan dan Persahabatan yang tiada pudar dalam setiap musim dan peristiwa,
Salam ukhwah kerana ALLAH....