Wednesday, October 28, 2009

Syahid kerana Tudung

Adakah anda kenal Michael Jackson? Yasmin Ahmad?

Ya, mgkn anda knl mrk. Kedua-dua adalah selebriti yg bru je meninggalkan dunia menuju ke alam yg kekal abadi... Berita ttg kematian mrk mndpt liputan meluas oleh pihak media...

Tp, anda Kenal x Marwa Al-Syarbini? Mungkin anda akan berkata, aik sapa tu? x kenal pun.

Beliau adalah Muslimah mesir yg tlh mati ditikam oleh seorg bukan Islam di jerman. Marwah Al-Syarbini mati syahid kerana tudungnya. Tdk bnyk liputan TV mengenai Marwah Al-Syarbini, seorang ibu yg mempunyai seorang anak dan sdang mengandung 3 bulan, mati akibat ditikam 18x oleh seorg pemuda jerman keturunan Rusia yg anti islam dan anti muslim. Tak ramai pula dikalangan org islam sendiri sedar tntng tragedi kejam ini.

Yg mrka lbh tahu ialah kematian raja pop dan pengarah filem. Itu pun sbb media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu.

Ribuan pnduduk mesir mnghantar jenazah Marwah ke tmpt pengkebumiaanya. Beliau x sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson atau pun pengarah filem terbaik, Yasmin Ahmad, ttpi pastinya beliau tersohor di kalangan pnduduk langit krn mmprtahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sblm mmberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tntng seorg pemuda jerman Alex W yg kerap menyebutnya "tiroris" hanya disebabkan beliau berjilbab.

Dlm suatu kesempatan, pemuda itu bahkan prnh menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwah yg kini berada dlm keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dlm sejarah islam, seorg wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorg Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas mmbantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorg wanita meminta tolong dgn berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yg berada jauh darinya, apabila mndpt berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yg dibuatnya?

media dunia umat islam sendiri hanya

pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson dan pengarah filem Yasmin Ahmad. Tiada liputan besar-besaran utk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Ayuh, shbt2 sekalian, jgn kita tidur lagi. Jgn leka dgn Akademi Fantasia, Mentor,Malaysia Idol & pelbagai lagi jenis hiburan. Apa yg kita nk jwb dpn Allah nnt,apa yg kamu buat ketika nyawa umat Islam semakin diratah oleh pihak kafir dr segenap penjuru di Palestin, Xinjiang, Selatan Thailand & lain2 tempat sehinggalah yg terbaru nyawaMarwa As-Sharbini yg mati kerana mempertahankan harga diri & maruah agamanya...

Friday, October 2, 2009

AYAM MASAK MERAH...


MAKANAN KEGEMARANKU...

Bahan-Bahan:

Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan Lain:

1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

Cara Memasak

1. Pijarkan minyak dalam kuali

2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing

3. Masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

4. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Hidangan untuk:

5 orang

Bahan-Bahan Boleh didapati di:

Semua kedai runcit!!

SUMBER RUJUKAN:

www.i luv islam.com. Caranye layari laman web nie dan klik pd resepi...macam-macam ada!!