Thursday, February 4, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH!!!

KONGRES MAHASISWA SYARIAH ISLAMIYAH (KONGSI)

KUIS, 18 Safar: Persatuan Mahasiswa Syariah(PERMAS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah menganjurkan Kongres Mahasiswa Syariah Islamiyah (KONGSI).

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah Berjaya menghimpunkan seluruh mahasiswa syariah dari semester 1 hingga 6 beserta para pensyarah jabatan Syariah.

Matlamat utama kongres ini dianjurkan adalah bertujuan untuk meraikan pelajar semester 6 yang juga merupakan pelajar tahun akhir. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyemai ukhuwah di antara para pensyarah jabatan syariah dengan pelajar-pelajar.

KONGSI telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Syariah yang baru,,Al-Ustaz Muhidin Mukter. Dalam ucapannya beliau menyeru agar PERMAS terus maju pada masa akan datang,,Seiring dengan kehendak semasa.

Program diteruskan lagi dengan ucapan penasihat PERMAS tercinta Al-Ustaz Muhammad Ismail Abdullah. Beliau mengingatkan agar mahasiswa Syariah perlu produktif dan berintegriti. Dalam ucapannya juga beliau ada menyatakan mahasiswa yang berkualiti bukanlah hanya terletak pada pointer yang diperolehi oleh pelajar setiap sem tetapi mahasiswa yang berkualiti adalah yang berkepimpinan dan boleh bekerja.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarah program Kongres saudara Abdul Aziz Mohd Ahmadi kerana telah berjaya mengarahkan program ini dengan jayanya. Selain itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh pelaksana program yang telah bertungkus-lumus demi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Last but not least, jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PERMAS saudara Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil,,kerana tidak jemu2 dalam mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada budak-budak PERMAS yang masih baru dalam dunia perjuangan..

Akhir kalam,,teruskan perjuangan dalam usaha meninggikan syiar ISLAM di muka bumi ini…

ISLAM ITU TINGGI DAN TIDAK ADA YANG LEBIH TINGGI MELAINKAN ISLAM

Sekian,,,

WRITTEN BY,,

RASHIDAH BINTI MOHAMED JAMIL

p/s: cerita betul & terdapat sedikit tokok tambah…heheJJ

No comments: